tajuk 1



Kemahiran komunikasi.

Pengenalan

Kemahiran untuk berhubungan dengan orang lain selalunya dikenali sebagai kemahiran komunikasi, kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang melalui kepimpinan dan tanggungjawab kepada orang bawahannya, ia juga dapat menggambarkan sebaik mana komunikasi seseorang dengan orang lain dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang melibatkan orang lain. Kemahiran ini juga dilihat dari aspek lisan dan bukan lisan.

Model-model komunikasi




Linear =  komunikasi satu hala, iaitu pengirim akan 
menghantar mesej kepada penerimannya. Penerima 
mesej hanya menerima mesej tanpa memberi 
maklum balas.







                        Transaksional=   memberi penekanan kepada pengiriman dan penerimaan mesej yang berlangsung  secara  berterusan dalam sesuatu komunikasi. Kedua-dua pengirim dan penerima boleh menghantar mesej, menerima mesj atau membuat kedua-duanya secara serentak.






       Interaksional= komunikasi dua hala antara peserta komunikasi.  Pengirim dan penerima, kedua-duanya menjalankan fungsi yang sama iaitu, menenkod, menterjemah mesej yang diterima.









Kepentingan komunikasi

Menguasai komunikasi akan menjadi seseorang itu lebih mudah mendapat kawan dan diterima dalam sesuatu masyarakat. Untuk menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, kita perl memiliki kemahiran komunikasi yang cukup berkesan da perlu memahami bebrapa prinsip atas psikologi yang dapat memberikan paduan bagi menjalin hubungan yang baik dengan orang lain.

Kepentingan dari segi hubungan masyarakat

Kemahiran dalam hubungan dengan orang lain bergantung kepada kefahaman kita tentang psikologi iaitu, ilmu tentang pemikiran, perasaan dan tingkah laku orang lain. Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi tingkah laku seseorang ialah aspek budaya. Budaya sering dilihat atas faktor yang dapat menyukarkan komunikasi diantara dua orang yang dating daripada latar belakang budaya yang berlainan.

Kepentingan dari segi akademik

Pelajar wajib menguasai kemahiran berkomunikasi dari segi akademik, ia amat penting dalam hubungan dengan para pensyarah khususnya apabila berintraksi dengan mereka untuk menyiapkan tugasan kursus. Keperluan komunikasi ini ialah untuk memberi para pelajar menguasai penulisan akadeik, penulisan saintifik atau penulisan ilmiah. Tugasa individu member peluang kepada para pelajar menunjukkan kebolehan bahawa mereka boleh kekerja bersendirian. Tugas berkumpulan melatih pelajar bekerja secara berrpasukan, serta melatih mahasiswa mendengar dan memahami orang lain.

Kepentingan dari segi kerjaya

Pada penghujung pengajian, kita perlulah meninjau-ninjau peluang kerjaya yang ada dalam bidang yang kita kuasai. Melamarpekerjaan di mana-mana institusi atau agensi-agensi yang berkaitan dengan kelulusan dan kebolehan kita. Dalam masa yang sama, kita pasti dapat merangka sebuah curriculum yang menarik dan lengkap untuk diri kita. Dalam pelamaran kerja juga, ia memerlukan penguasaan dalam komunikasi yang baik.







Komponen komunikasi


Pesanan verbal (kata yang kita pilih) :
-pesanan yang disampaikan secara ringkas dan tersusun, bebas daripada jargon dan tidak menimbulkan rintangan kepada pendengar.


Pesanan bukan verbal (bahasa tubuh yang digunakan) :
-pesanan yang disampaikan melalui mimik muka yang sesuai serta gaya tubuh dan gerak geri yang sesuai.


Pesanan paraverbal (bagaimana menyebut perkataan) : 
-pesanan yang sampai melalui nada, intonasi dan suara bukan apa perkataan yang kita sebut.

Jenis komunikasi
Komunikasi lisan: alat utama komunikasi lisan adalah bahasa. Berbahasa yang baik dan efektif, padat dan jelas dalam menyampaikan sesuatu adalah kunci pada komunikasi lisan ynag baik. Ia juga sangat dipegaruhi oleh beberapa aspek iaitu: perbendaharaan kata, kelajuan, intonasi, humor, serta singkat dan jelas






Komunikasi bukan verbal: komunikasi lisan dan bukan verbal berlaku secara serentak aspek-aspek komunikasi bukan verbal dan pengaruhnya meliputi hal-hal seperti berikut, iaitu ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, gaya tubuh dan gaya berjalan, gerak isyarat, prosemik, artifak.








Komunikasi bertulis: penulisan merupakan aktiviti merakamkan idea, pandangan atau pedapat dalam bentuk lambing-lambang bertulis atau grafik. Tujuannya adalah untuk menyalurkan mesej, berhubung atau berkongsi maklumat. Komunikasi berlaku secara sepontan atau dirancang dan melibatkan beberapa faktor iaitu, fakta, gaya, laras, pengolahan, bahasa





Bentuk-bentuk komunikasi

Komunikasi intrapersonal: komunikasi secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain

Komunikasi interpersonal: dua individu terlibat dan menghasilkan serta mentafsirkan maklumat.

Komunikasi berkumpulan: melibatkan kelompok sehingga 25 oran atau lebih.

Komunikasi organisasi : berwibawa dan berpusat dibawah suatu pemutusan kuasa yang lebih besar, ia juga lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang besar dan protocol yang tertentu.

Komunikasi awam: melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar atau khalayak.

Komunikasi silang budaya: melibatkan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar belakang budaya yang pelbagai.

Komunikasi berasaskan teknologi: suatu bentuk komunikasi yang mana perantara utamanya ialah perkakas teknologi yang menjadi kegunaan utama komunikasi manusia dewasa ini. Telefon tangan, internet dan sebagainya merupakan medium komunikasi yang mudah dan segera berpadanan dengan gaya hidup pantas masyarakat moden.

Halangan-halangan komunikasi

Halangan dalam komunikasi ialah perkara-perkara yang boelh menyebabkan komunikasi menjadi kurang berkesan, mesej gagal disampaikan dan salah faham yang akan mengangkibatkan kegagalan dalam komunikasi.

1.      Halangan persekitaran :    komunikasi boleh terhalag sekiranya keadaan persekitaran tidak sesuai atau tidak tenang seperti bunyi bising, panas, jarak, keadaan fizikal yang tidak selesa.

2.      Halangan sikap penghantar:      penghantar yang bersifat negative akan menghalang kelancaran proses komunikasi dan member kesan kepada penerima mesej.

3.      Halangan sikap penerima:         penerima yang mempunyai sikap dan persepsi yang negtif terhadap penghantar, dan maklumat yang dihantar akan menjejaskan komunikasi.

4.      Halangan bahasa:    penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan latar belakang status, budaya, pemahaman, tahap pendidikan penerima mesej atau sebutan yang kurang jelas akan menjadi satu halangan komunikasi berkesan.

5.      Halangan maklumat kurang tepat dan jelas :     maklumat yang kurang tepat dan tidak jelas akan menjejaskan pemahaman serta mengelirukan penerima.

Aspek keberkesanan komunikasi

Menguasai cara berkomunikasi dengan berkesan akan mransangkan dan memupuk hubungan hubungan yang baik antara satu sama lain, membantu untuk mencapai kejayaan dalam akademik dan juga kerjaya. Aspek penting yang perlu diketahui untuk keberkesanan komunikasi ialah:

1.      Latar belakang penghantar dan penerima maklumat.
2.      Mendengar dengan baik dan efektif.
3.      Bersikap positif.