BAB
3 : KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
1. PENGENALAN
Dalam konteks kepimpinan, antara perkara yang boleh
dirangkumkan di bawah konsep adalah definisi,komponen-kompenen penting dalam
kepimpinan, pengaruh dan kuasa. Konsep kepimpinan dalam Islam berasaskn amanah
dan taqwa, dimana setiap manusia dilahirkan sebagai seorang pemimpin atau
khalifah dimuka bumi ini. Hal ini menerangkan bahawa sekecil- keccil manusia
adalah pemimpin bagi dirinya sendiri. Manakala menurut perspektif barat dilihat
sebagai fenomena yang melibatkan hubungan dan tanggungjawab antara manusia.
2. KONSEP KEPIMPINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
Konsep ini berasaskan amanah dan taqwa. Kepimpinan
merupakan satu tanggungjawab suci yang dipikul oleh seorang hamba Allah dan
seorang khalifah Allah di muka bumi untuk membawa manusia lain kepada matlamat
hidup yang sesuai dengan kehendak Allah. Pemimpin mencuba sebaik mungkin
memimpin pengikut, membimbing mereka dan memberi layanan yang saksama atau
adil. Secara menyeluruh kepimpinan dalam Islam adalah berdasarkan kepada
al-Quran dan al- Hadis yang berteraskan ketaqwaan kepada Allah. Seorang
pemimpin Islam adalah seorang hamba Allah yang menjalankan amanah yang
diberikan kepadanya. Sebagai contoh kepimpinan Islam adalah kekasih Allah iaitu
Nabi Muhammad S.A.W.
3. KONSEP KEPIMPINAN BARAT
Konsep ini berorientasikan kepada keadaan yang
berubah- ubah dan memberi fokus kepada pencapaian matlamat semasa dalam semua
aspek kehidupan. Penanggungjawaban pemimpin hanya diberi kapada manusia iaitu
rakyat atau pemimpin yang lebih tinggi. Hal ini menyebabkan pemimpin berubah-
ubah mengikut keadaan dan menjadi relatif. Dalam konteks lain, kepimpinan
sekular tidak mempunyai hubungan dengan kuasa luar yang lebih tinggi dari kuasa
manusia.
4. DEFINISI KEPIMPINAN
Hasil dari kajian yang dilakukan mengenai kepimpinan
dari berbagai- bagai disiplin telah menghasilkan berbagai- bagai definisi
kepimpinan :
1. Mengarah
atau menyelaras kerja- kerja ahli kumpulan (Fiedler 1967).
2. Hubungan
antara perorangan (interpersonal) iaitu ahli lain mematuhi.
3. Proses
mempengaruhi kumpulan yang terancang kearah mencapai matlamat. (Roach &
Behling 1984).
4. Tindakan-
tindakan yang memfokuskan sumber untuk mencipta peluang- peluang yang
dikehendaki. (Campbell 1991).
5. Proses
dimana individu mempunyai upaya mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat
organisasi ke arah yang lebih mantap dan teguh. (Northhouse 2007).
Dalam kepimpinan terdapat beberapa elemen penting :
1. Pemimpin
: Hendaklah mengetahui siapakah dirinya
sendiri. Apakah kekuatan dan kelemahan dirinya dan juga apakah yang perlu
dilakukan jika terdapat perkara yang kurang mahir.
2. Pengikut : Anggota organisasi yang dipimpin.
Merupakan orang yang pelu dipengaruhi oleh pemimpin.
3. Komunikasi:
Pemimpin dan pengikut perlu berkongsi dan bertukar maklumat. Pemimpin perlu
memberi perhatian kepada kata- kata yang digunakan semasa berkomunikasi, aspek
fizikal semasa berkomunikasi seperti gerakan tangan dan mata dan akhirnya nada
suara.
4. Situasi : Situasi kerap bertukar suasana dan
tidak pernah statik. Pemimpin perlu memahami sesuatu situasi dan
mengaplikasikan tindakan yang sesuai menurut masa, tempat, dan upaya anggota
pasukan.
Selain daripada itu,
tiga lagi perkara penting dalam kepimpinan berkesan adalah pemimpin dapat
menjalankan tugas dengan baik, menetapkan halatuju organisasi dan mampu membawa
pekerja mencapai organisasi melalui proses motivasi yang juga melibatkan
kemahiran komunikasi.
5. TEORI KEPIMPINAN
Teori adalah satu set idea untuk menerangkan fakta
atau peristiwa. Manakala kepimpinan merupakan bentuk pelakuan yang sukar
difahami. Teori kepimpinan boleh digunakan untuk memberi pemahaman yang lebih
jelas, membuat ramalan dan mengawal kepimpinan berkesan. Bahagian ini memberi
penerangan sepintas lalu mengenai teori- teori kepimpinan. Bagi memudahkan
pemahaman, para sarjana telah mengkategorikan kepada beberapa kategori atau
kumpulan teori.
5.1 TEORI TRET
Mengandaikan bahawa pemimpin mempunyai tret atau
sifat tertentu seperti kepintaran, tahap keyakinan yang tinggi dan lain-lain
lagi. Sifat ini membezakan mereka dari bukan pemimpin. Penyelidik percaya
bahawa pemimpin dilahirkan dan bukan dibentuk, dipelajari atau diberikan
latihan. (Burns 1978). Teori ini mengatakan bahawa pemimpin boleh dikenali
melalui tret atau sifat yang ada kepada mereka. (Aminuddin 1990).
Walaupun penyelidik
berfokuskan sifat ini tidak dapat mengenali pasti satu senarai sifat yang dapat
memastikan kepimpinan yang berkesan tetapi para penyelidik bersetuju bahawa
kebanyakan pemimpin berkesan mempunyai sifat seperti berikut :
1. Mempunyai
keupayaan mengembangkan estim kendiri dan diri pemimpin sendiri.
2. Pemimpin
hendaklah mempunyai semangat dalaman bahawa dia seorang yang berorientasikan
pencapaian objektif organisasi.
3. Mampu
dan sentiasa membuat tinjauan tentang peluang.
4.
Mempunyai kawalan diri dalaman atau
locus of control yang bemaksud
pemimpin mampu mengawal diri dari dalam terutama apabila melibatkan isu-isu yang boleh
menjerumuskan dirinya ke dalam konflik dengan anggota pasukan.
5.
Mempunyai orientasi ke arah
pembaikan. Seboleh-bolehnya pemimpin hendaklah mengorientasikan dirinya ke arah
kebaikan bersama atau kebaikan organisasi.
6.
Bersikap optimis. Bagi
merialisasikan sikap ini pemimpin hendaklah menghormati pendapat orang lain.
7.
Mempunyai sifat penggalak. Tugas
ini memerlukan pemimpin menjadi teladan atau model sebagai seorang yang
sentiasa mempunyai perawakan yang selesa serta mudah didekati.
8.
Sikap toleransi terhadap perkara
yang kurang pasti atau kabur. Ini adalah penting terutama apabila anggota
pasukan mengalami jalan buntu.
9.
Memberi motivasi kepada anggota
pasukan yang lain.
Dalam Islam, pemimpin
yang sempurna perlu memiliki sepuluh sifat unggul, antaranya adalah :
1. Yakin
2. Mengamalkan
Syura
3. Berpengetahuan
4. Petah
5. Adil
6. Sabar
7. berdaya usaha
8. Lemah-lembut
9. Rela
berkorban
10. Rendah
diri dan sentiasa takut kepada Allah (taqwa).
Secara keseluruhannya
keberkesanan pemimpin adalah melibatkan keempat-empat faktor iaitu pemimpin,
pengikut, komunikasi, dan situasi.
5.2 TEORI TINGKAH LAKU
Mengutarakan idea bahawa tingkah laku pemimpin
semasa berinteraksi dengan pengikutnya adalah penentu kepada keberkesanan
pemimpin. Mengikut teori ini, keberkesanan pemimpin terletak kepada apa yang
dilakukan oleh pemimpin dan bukan kepada tret pemimpin (Koontz, O’Donell dan
Weinrich 1984). Hal ini menunjukkan bahawa pemimpin boleh dilatih, maka teori
ini adalah kontra dengan Teori Tret.
1. Kajian
Universiti Ohio oleh Edwin Fleishman Ralph Stodgill
pengkaji mendapati terdapat dua dimensi kepimpinan
utama yang memberi kesan kepada subordinat (pengikut), iaitu struktur pemula
dan bertimbang rasa struktur pemula merujuk kepada cara pemimpin menentukan
peranan dan pembahagian tugas untuk dirinya, subordinat pula demi mencapai
objektif dengan bertimbang rasa.
2. Kajian University Michigan
Menemukan dua dimensi tingkah laku, iaitu orientasi
subordinat dan orientasi pengeluaran. Berorientasikan subordinat menekankan
pentingnya hubungan antara manusia pemimpin-pengikut, berorientasikan
pengeluaran menekankan aspek tugas atau kerja.
3. Kajian Universiti Lowa oleh Kurt Lewin
dan rakan-rakan.
Kajian berhubung dengan gaya kepimpinan dan dianggap
memberi impak besar terhadap kajian-kajian lain yang menggunakan Teori Tingkah
Laku. Antaranya adalah gaya kepimpinan autokratik, demokrasi, laissez-faire.
Kajian mendapati gaya kepimpinan demokrasi amat disenangi oleh subordinat.
·
Gaya autokratik atau authoritarian
Dalam gaya ini pemimpin
menetapkan dan memberitahu subordinat apakah yang dijangkakan dan perlu
dilakukan oleh mereka (subordinat) bagi mencapai matlamat organisasi.
·
Gaya turut serta, atau gaya demokratik
Dalam gaya ini pemimpin dan anggota
lain bersama-sama mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan. Anggota
lain mengetahui apa yang sedang berlaku serta memberi cadangan bagaimana
keputusan boleh diambil.
·
Gaya laissez-faire
atau gaya bebas
Dalam gaya ini pemimpin kurang
mengetahui prosedur kerja, kurang pengetahuan dan pengalaman bagi mencapai
matlamat organisasi. Namun, pemimpin masih perlu membuat keputusan. Pemimpin
juga menetapkan matlamat yang ingin dicapai dan membiarkan subordinat sendiri
menentukan bagaimana mencapai matlamat tersebut.
5.3 TEORI KONTIGENASI
Teori ini menganjurkan bahawa gaya kepimpinan yang
berkesan dalam sesuatu keadaan mungkin tidak sesuai atau berjaya bagi keadaan
yang lain. Gaya kepimpinan perlu berubah mengikut situasi. Teori ini
berandaikan faktor situasi amat penting dalam membincangkan hal pemimpin dan
kepimpinan. Teori kontigenasi yang terkenal adalah seperti berikut :
1. Teori
kontigenasi Fiedler
o
Kepimpinan berorientasikan tugas
o
Kepimpinan berorientasikan hubungan
2. Teori
kepimpinan bersituasi
Kepimpinan yang berjaya dikatakan hasil pemilihan
gaya kepimpinan yang tepat berasaskan kematangan berikut. Kematangan pengikut
merujuk kepada kebolehan dan kesediaan pengikut menerima tanggungawab. Ada
empat gaya kepimpinan yang dikenal pasti melalui teori ini iaitu gaya
mengarah/memberitahu, gaya menjual/yakinkan, gaya turut serta/menyokong dan
gaya mendelegasi/menugaskan.
3. Teori
laluan matlamat
Teori ini diterima pakai dan paling dihormati
dibandingkan dengan teori-teori kontigenasi yang lain. Teori ini menerangkan cara
pemimpin mempengaruhi pengamatan orang bawah terhadap matlamat matlamat kerja.
Empat gaya kepimpinan yang dikenal pasti di bawah teori ini adalah Kepimpinan
berorientasikan pencapaian, Kepimpinan menyokong, Kepimpinan penyertaan,
kepimpinan berperantaraan atau mengarah.
5.4 TEORI KONTEMPORARI
Teori-teori baru yang muncul bukan menjelaskan
kandungan kepimpinan, bahkan memberi penjelasan tentang kepimpinan sebagai satu
proses. Terdapat tiga teori kepimpinan kontemporari yang dibincangkan :
1
Teori kognitif
Dikemukakan oleh Fiedler (1987) dan merupakan
kesinambungan dari teori kontigenasi. Pemimpin perlu menggunakan sumber
kognitif seperti kecergasan, kecekapan teknikal, atau pengetahuan tugas dalam
apa jua situasi untuk memimpin kumpulannya.
2
Teori Karismatik
Menumpukan kepada mengenali atau mengenal pasti
tingkah laku yang membezakan pemimpin karismatik dan yang tidak karismatik.
Pemimpin karismatik dikatakan mempunyai ciri-ciri seperti keyakinan diri yang
tinggi, berpengaruh dan kesungguhan. (House 1971).
3
Teori Kepimpinan Transaksi dan
Transformasi
·
Kepimpinan Transaksi
Pemimpin mengambil
peluang hasil rundingan yang dilakukan dengan organisasi ataupun pengikut.
Rundingan yang diasaskan pada kepentingan timbal balik ini kerap melahirkan
suasana kurang kompetitif.
·
Kepimpinan Transformasi
Pemimpinan
yang dikategorikan di bawah teori ini kerap kali dianggap sebagai tokoh besar.
Pemimpin dianggap sebagai penyelamat dan penyelesaian masalah.
5.4 PRINSIP KEPIMPINAN (PERSPEKTIF BARAT)
Prinsip kepimpinan yang merupakan garis panduan asas
apabila pemimpin hendak melaksanakan fungsi mereka.
1. Memahami
diri anda sebagai pemimpin.
2. Menguasai
kemahiran teknikal.
3. Mencari
peluang untuk menjalankan tanggungjawab.
4. Berupaya
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan cekap.
5. Memberi
contoh yang boleh diikuti, jika boleh pemimpin adalah contoh terbaik.
6. Fahami
anggota pasukan, kesediaan mereka memberi sumbangan dan pastikan anda mengambil
berat kebajikan mereka.
7. Pastikan
anggota diberikan maklumat apabila perlu.
8. Wujudkan
hubungan manusia berasaskan rasa hormat satu sama lain.
9. Pastikan
anggota faham akan langkah-langkah mencapai matlamat.
10. Memberi
peluang latihan kepada anggota sebagai sebuah pasukan.
11. Menggunakan
secara maksimum kebolehan anggota sebagai sebuah pasukan melalui semangat
kekitaan yang tinggi.
5.5 PRINSIP KEPIMPINAN (PERSPEKTIF ISLAM)
Islam mempunyai prinsip kepimpinan yang tersendiri.
Sumber rujukan utama adalah berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Dimana
berdasarkan prinsip Allah SWT.
1. Kepercayaan
dan pengabdian penuh kepada Allah.
2. Kepimpinan
adalah perlaksanaan amanah dan risalah yang mempunyai kesinambungan dengan
tradisi kepimpinan para Anbiya dan Rasul.
3. Memberikan,
memperlihatkan dan berkongsi hala tuju ataupun wawasan dengan organisasi dan
pengikut mereka.
4. Mengambil
peranan utama dalam mencorakkan dan mengekalkan budaya organisasi mereka.
5. Berperanan
mewujudkan daya mapan organisasi untuk jangka panjang.
6. Menyediakan
ruang dan mengalu-alukan pandangan yang membina.
7. Pemimpin
memulakan, membimbing dan mengawal perubahan demi mencapai objektif yang
ditetapkan.
8. Mempunyai
nilai-nilai murni kepimpinan seperti keyakinan, keadilan, pengorbanan, petah
dan tegas membuat keputusan.
6. FUNGSI PEMIMPIN
Kepimpinan yang berfungsi adalah tonggak utama
keberkesanan organisasi. Adair menggariskan fungsi kepimpinan adalah terbahagi
kepada tiga komponen utama dalam organisasi iaitu, fungsi terhadap tugasan,
fungsi terhadap kumpulan dan fungsi terhadap individu dalam organisasi.
1. Fungsi
tugasan
Memahami tugas, merancang pelbagai
rancangan bagi menyelesaikan tugasan, menerangkan anggota pasukan tentang tugas
dan peranan mereka, memperuntukan sumber, memberi tugasan, menerangkan matlamat
tugasan, mengawal perjalanan kerja, mengetuai pasukan supaya memberi fokus,
menyemak perjalanan kerja, membuat penilaian proses dan membuat penilaian
akhir.
2. Fungsi
kumpulan
Pemimpin menjadi contoh kumpulan,
pengekalan displin anggota, membina semangat memastikan kumpulan bergerak
memberi galakan, memberi motivasi kepada kumpulan, berkomunikasi secara
terbuka, memberi latihan jika perlu, menyelesai konflik, dan melantik pembantu
pemimpin.
3. Fungsi
terhadap individu
Melibatkan pasukan dalam
perbincangan dan aktiviti, mengawal anggota yang terlalu aktif atau agresif,
bersedia untuk mengguna kemahiran individu, berusaha melibatkan anggota yang
kurang aktif, menggunakan kemahiran khusus individu, meningkatkan kemahiran
individu, memberi maklum balas yang konstruktif, memberi pujian dan sokongan,
mengelak bias kepada individu tertentu dan mengelak dari menyebelahi individu
tertentu.
7. MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN
Kepimpinan memerlukan pemimpin yang mempunyai
kemahiran bagi mempengaruhi anggota kumpulan atau pasukan ke arah pencapaian
matlamat organisasi. Lantas itu pemimpin adalah dibentuk melalui latihan dengan
pelbagai penerapan kemahiran yang berkaitan. Kepimpinan bukan terbentuk secara
semula jadi seperti yang dicadangkan dalam Teoti Tait. Kepimpinan berkembang
melalui proses yang tiada tepi melalui usaha-usaha yang berkaitan dengan
pembelajaran kendiri, pelajaran, latihan dan pengalaman (Jogo 1982).
Untuk
menjadi seorang pemimpin yang berkesan dan dapat menjalankan semua fungsi
pemimpin seseorang itu memerlukan berbagai- bagai kemahiran. Dalam penulisan
mengenai kemahiran kepimpinan, kebanyakannya membahagikan kemahiran tersebut
kepada tiga kumpulan kemahiran iaitu, kemahiran mentadbir, kemahiran
interpersonal dan kemahiran mengkonsepsi.
1. Kemahiran
mentadbir atau mengurus
Merujuk kepada kompetensi yang diperlukan
seseorang pemimpin untuk melaksanakan matlamat dan tujun organisasi. Ini
termasuklah merancang, mengorganisasi kerja, membahagikan tugas mengikut
kesesuaian pekerja dan menyelaras aktiviti kerja. Antara kemahiran yang lebih
khusus adalah mengurus manusia, mengurus sumber, menunjukkan kompetensi
teknikal.
2. Kemahiran interpersonal
Kemahiran menangani
manusia (people skills), yang
membantu pemimpin untuk bekerja
secara berkesan dengan subordinat, rakan sebaya dan pegawai atasan untuk
mencapai matlamat organisasi. Kemahiran ini dapat dibahagikan kepada sensitif
kepada persekitaran sosial, menunjukkan kepintaran emosi dan mengurus konflik
interpersonal.
3. Kemahiran mengkonsepsi
Sekiranya kemahiran
mentadbir atau mengurus adalah mengenai organisasi kerja, dan kemahiran
interpersonal adalah menangani manusia secara berkesan, kemahiran mengkonsepsi
pula adalah mengenai bekerja dengan konsep dan idea. Kemahiran ini melibatkan
pemikiran atau konsep kognitif dalam kepimpinan. Kemahiran mengkonsepsi bagi
seseorang pemimpin boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dalam
menyelesaikan masalah, perancangan strategik, dan mencipta wawasan.
8. RUMUSAN
Kepimpinan melibatkan bagaimana individu
mempengaruhi anggota organisasi ke arah pencapaian matlamat. Bagi mencapai
matlamat, pemimpin hendaklah mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang
kukuh serta mampu memberi motivasi serta galakan yang boleh menggerakkan
anggota organisasi mencapai matlamat. Sungguhpun pemimpin diberikan kuasa bagi
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, seorang pemimpin perlulah
mengambil kira pelbagai aspek utama dalam kepimpinan iaitu keimanan sebagai
seorang pemimpin, faktor kepimpinan, gaya kepimpinan dan kesannya, fungsi kepimpinan,
dan prinsip kepimpinan. Penghayatan seorang pemimpin dan kesedaran
tanggungjawab terhadap organisasi hanya berkesan apabila seorang pemimpin mampu
menggerakkan organisasinya secara menyeluruh melalui semangat kerja berpasukan.