tajuk 2


Bab 2.
Pemikiran kritis, Penyelesaian Masalah dan Pemikiran Saintifik.

· Pengenalan.
Setiap manusia menggunakan otak untuk berfikir. Perbezaan antara mereka hanyalah berdasarkan cara mereka berfikir. Pemikiran yang bernas adalah memerlukan daya menganalis dan menterjemah maklumat yang diterima otak. Berfikir adalah satu kemahiran. Ia boleh dikembangkan dan diperbaiki jika seseorang itu tahu caranya. Sebagai rumusan awal, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik yang boleh dilihat melalui kemahiran berikut:
§  Mengenalpasti masalah tersurat dan tersirat.
§  Mengenalpasti dan mensintesiskan masalah dengan tepat.
§  Menilai pelbagai pilihan dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.




·  Pemikiran Kritis

Perkataan Kritis berasal dari perkataan yunani yang membawa maksud menimbang atau judge. Perkataan kritis juga membawa maksud  menerima atau mempersetujui sesuatu dengan tidak bersahaja. Ini bermakna dalam pemikiran kritis perlu membuat pertimbangan baik buruknya sesuatu  dan tidak menerimanya secara bulat-bulat. Antara tokoh yang mengamalkan pemikiran kritis adalah Socrates, Aristotle dan Plato.






Pemikiran kritis dapat mencari kelemahan, kesilapan, dan kesalahan pada cara-cara berfikir seseorang dan cadangan yang dikemukakan. Pemikiran kritis adalah penting, tetapi apabila terlalu dititikberatkan pemikiran ini boleh menjadi lebih memusnahkan. Keadaan ini berlaku apabila ada idea baru diterima, seseorang dengan serta-merta akan membuat pengamatan dengan mencari kelemahan pada idea tersebut. Akibatnya, hanya aspek negatif sahaja yang menjadi perbincangan. Oleh itu, menerima pendapat orang lain amat membantu dalam menyelesaikan masalah.



Ciri-ciri pemikiran kritis.


·  Komponen Pemikiran Kritis
§  Menganalisis idea
o   Pengkelasan
o   Membandingkan
o   Membezakan
o   Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
§  Menganalisis hujah
o   Aktiviti menerangkan sebab
o   Mengusul periksa sesuatu andaian



Rajah diatas menunjukkan cara-cara berfikiran kritis.

·  Kelebihan pemikiran kritis.
§  Menjadi lebih matang
§  Bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan
§  Sensitif dan prihatin
§  Berjiwa besar, yakin dan berani
§  Lebih berhemah dan bertanggungjawab
§  Ketahanan diri dan harga diri yang tinggi
§  Tidak mudah dipengaruhi


“Lebih sedikit seseorang itu menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.”
~ saidina ali r.a.

·  Logik.

Prinsip asas logik.
o   Identiti
Jika penyataan benar, maka logiknya, benarlah.
o   Pertengahan(excluded middle)
Penyataan boleh jadi benar atau tidak
o   Kontradiksi/percanggahan
Jika anda benar, orang lain adalah salah.(salah satu)

·  Penyelesaian masalah.

Komponen asas masalah.
1.     Maklumat yang tersedia, iaitu penghuraian tentang masalah.
2.    Sekumpulan operasi atau pergerakan yang sah yang mungkin diambil bagi menghasilkan penyelesaian
3.    Matlamat atau penghuraian tentang keadaan yang dianggap sebagai penyelesai kepada masalah.



· Mengenalpasti cara menyelesaikan masalah.

·         Kecondongan ilmu (knowledge-lean).
·         Kaya ilmu (knowledge rich).
·         Jelas berstruktur atau jelas didefinisikan (well-defined).
·         Kurang berstruktur atau kurang didefinisikan (ill-defined).
·         Kecondongan semantik (semantically-lean).
·         Kaya semantik (semantically-rich).
·         Masalah celik akal (insight).

·  Proses penyelesaian masalah.




· Strategi Penyelesaian Masalah.

1.     Algoritma; prosedur dan langkah demi langkah yang sistematik dan konsisten bagi menghasilkan penyelesaian.
2.    Heuristik; jalan pintas yang berkemungkinan tinggi bagi menyelesaikan masalah.
3.    Submatlamat (subgoals); memperincikan setiap masalah.



· Bentuk-bentuk penyelesaian masalah.
o   Secara saintifik
o   Secara kritis/logik
o   Secara kreatif/lateral
o   Secara islam
o   Melalui emosi
o   Melalui rohani
o   Melalui intuitif
o   Melalui pemikiran reflektif
o   Melalui pengalaman lalu








“Memecahkan masalah itu sulit, mengenal masalah lebih sulit, tetapi menemukan masalah jauh lebih sulit”





· Hasil Penyelesaian Masalah.
Ciri-ciri penyelesaian masalah yang baik
Ciri-ciri penyelesaian masalah yang tidak baik.
Sedar tentang keserupaan, kelainan, dan analogi
Tidak boleh mengenalpasti serta mendefinisikan masalah
Boleh mengenal pasti unsur penting dalam masalah
Suka meninggalkan masalah yang kompleks
Mahu bersikap fleksibel dalam bertukar-tukar cara penyelesaian
Cepat membuat kesimpulan tanpa memikirkan langkah demi langkah
Bersikap positif bahawa setiap masalah boleh diselesaikan
Tidak percaya kepada analisis yang berterusan boleh menyelesaikan masalah
Mengambil berat tentang ketepatan dan memahami fakta masalah
Gopoh membuat pemilihan cara penyelesaian masalah yang terbaik
Boleh memecahkan masalah kepada yang lebih kecil.


Contoh penyelesaian yang tidak baik.



·  Antara contoh penyelesaian masalah>




Dalam  video tersebut, lelaki tersebut  yang telah mempunyai masalah telah berfikir secara tidak kritis dan mengambil sikap sambil lewa dalam menguruskan masalah tersebut. Antaranya, menyalahkan orang lain kerana menyebabkan masalah tersebut, mengabaikan masalahnya dengan membuat perkara lain seperti tidur dengan harapan masalahnya akan menjadi lebih mudah selepas berehat, dan hanya berdoa kepada Allah dan mengharap Allah akan memberi keajaiban dengan menyelesaikan masalahnya. Namun, segala yang dilakukannya adalah salah dan tidak menggunakan kaedah penyelkesaian masalah dengan betul. Akhirnya, setelah dia berfikir semula dengan kritis dan saintifik, dia sedar bahawa setiap masalah perlu dihadapi dengan tenang dan tidak lari dari masalah tersebut. Masalah tersebut mesti diselesaikan olehnya. Hasilnya masalah lelaki tersebut dapat diselesaikandengan usahanya sendiri.

· Rumusan

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Langkah yang bijak, ketekunan, bersemangat tinggi dan pendekatan yang positif dapat menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan dan efisien. Setiap individu mempunyai pemikiran kritis. Cuma tahapnya yang berbeza.  Gunakanlah bentuk-bentuk penyelesaian masalah yang sesuai dengan keadaan yang dihadapi. Bebaskanlah diri anda dari masalah dan jalanilah hidup yang sihat tanpa masalah.