tajuk 4


Bab 4 : Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
·  Pengenalan:
§      Pembelajaran merupakan proses berperingkat (sejak lahir sehingga mati), bayi kanak-kanak, sekolah (rendah / menengah), dewasa dan tua.
§      Maklumat diterima banyak namun tidak semua maklumat itu benar dan berguna.
§      Pendedahan kepada pemikiran tentang maklumat yang benar sehingga mampu dihayati menjadi ilmu yang berguna adalah perlu.
§      Kemantapan kefahaman yang benar tentang ilmu membangun potensi sumbangan kepada keluarga dan masyarakat.
§      Cabaran dan tindak balas akan membentuk ketajaman berfikir untuk menganalisis masalah dan membentuk keyakinan untuk membangunkan diri dan orang lain.
§      Pembelajaran bukan sekadar belajar tapi juga mengajar dan berkomunikasi untuk mengesahkan kebenaran maklumat dan kemantapan pendirian yang dipegang.
§      Maklumat dikembangkan untuk menghasilkan pelbagai produk yang berguna untuk diri dan orang lain.
·  Pengurusan Maklumat
·  Definisi:
§      Data, bahan dan pengetahuan. Maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.
§      Ilmu berkenaan kemahiran untuk mengesan, mengenalpasti akses, mendapatkan semula, menilai, memurni, menyusun dan mengambil manfaat untuk diri dan orang lain.



·  Ciri-ciri maklumat :
Relevan, boleh dipercayai, boleh difahami, lengkap, tepat pada masanya dan membantu mengurangkan ketidakpastian.
Contoh organisasi yang menguruskan maklumat :
Perpustakaan, arkib, muzium, galeri seni dan internet.



Perpustakaan adalah contoh terbaik dalam pengurusan maklumat.

·  Asas utama pengurusan maklumat
a ) Mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan.
§      Mendifinisi dan menyatakan keperluan maklumat.
§      Memutus untuk berbuat sesuatu.
§      Mencari maklumat tersebut.
§      Menyata dan mendifinisikan keperluan.
b) Mengesan maklumat
§      Kenalpasti dan menilai sumbangan-sumbangan maklumat berpontensi.
§      Menghasilkan strategi pencarian.
c ) Menilai maklumat dengan cekap dan kritis.
§      Pentaksiran maklumat
§      Penyusunan maklumat





·  Konsep Literasi Maklumat
Literasi dari sudut bahasa : Bermaksud celik atau berpengetahuan
Literasi dari sudut istilah : Keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat.
Literasi maklumat adalah satu set kemahiran yang boleh dipelajari. Set kemahiran itu termasuk sikap tertentu terhadap pembelajaran itu sendiri, penggunaan alatan seperti tutorial dalam talian, perggunaan teknik seperti bekerja dengan kumpulan dan penggunaan kaedah seperti pergantungan kepada para mentor, pembimbing dan omsbudman.




                                                Rajah 1 : Konsep Literasi Maklumat

Lau (2006) telah meringkaskan piawaian ILFA yang dikelompokkan di bawah tiga komponen asas literasi maklumat seperti berikut:
a.  Akses : Pengguna berkebolehan mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan.



Definisi dan pernyataan maklumat
Berkebolehan untuk :
ª      Mendifinisi atau mengenal pasti keperluan maklumat.
ª      Memutuskan untuk berbuat sesuatu bagi mencari maklumat.
ª      Menyatakan dan mendefinisi keperluan maklumat.
ª      Memulakan proses pencarian.






Pengesanan maklumat
Berkebolehan untuk :
ª      Mengenal pasti dan menilai sumber-sumber maklumat berpotensi.
ª      Menghasilkan strategi pencarian.
ª      Mengakses sumber-sumber maklumat terpilih.
ª      Memilih dan mendapatkan semula maklumat yang dikesan.


b.  Penilaian : Pengguna menilai maklumat dengan cekap dan kritis.
Pentaksiran maklumat
Kebolehan untuk :
ª      Menganalisis, memeriksa dan mengestrak maklumat.
ª      Membuat tanggapan umum dan mentafsir maklumat.
ª      Memilih dan mensintesis maklumat.
ª      Menilai ketepatan dan kerelevanan maklumat yang didapatkan semula.
Penyusunan maklumat
Berkebolehan untuk :
ª      Menyusun dan mengkategorikan maklumat.
ª      Mengelompokkan dan menyusun maklumat yang telah diperoleh.
ª      Kebolehan untuk menentukan maklumat mana yang terbaik dan paling berguna.



Contoh penyusunan maklumat.

c.   Penggunaan : Pengguna berupaya mengaplikasikan / menggunakan maklumat dengan tepat dan kreatif.

Penggunaan maklumat
Kebolehan untuk :
ª      Mencari cara-cara baru untuk berkomunikasi, mempersembah dan menggunakan maklumat.
ª      Menggunakan maklumat yang telah diperoleh.
ª      Mempelajari atau mendalami maklumat sebagai pengetahuan peribadi.
ª      Mempersembah produk maklumat.



Komunikasi dan penggunaan beretika maklumat   
Berkebolehan untuk :
ª      Memahami penggunaan beretika maklumat.
ª      Menghormati perundangan berkaitan penggunaan maklumat.
ª      Memperkatakan tentang produk pembelajaran dengan mengiktiraf harta intelek.
ª      Menggunakan piawaian gaya pengiktirafan yang relevan.


·  Literasi Maklumat Dan Pengetahuan
ª      Pengetahuan ialah keadaan mengetahui, ‘tahu’ pula adalah keadaan kefahaman yang dicapai melalui pengalaman  atau pembelajaran semua atau sebahagian perkara yang diterokai, difahami atau dipelajari.
ª      Berkait rapat dengan maklumat kerana ia terdiri daripada maklumat berkaitan fakta, prosedur, konsep, interprestasi, idea, pemerhatian dan pertimbangan yang terkandung dalam pemikiran seseorang.
ª      Pengetahuan adalah hasil daripada pemprosesan kognitif yang dicetuskan oleh maklumat dan menghasilkan maklumat.
ª      Maklumat diubah menjadi pengetahuan apabila diproses dalam pemikiran seseorang.
ª      Pengetahuan menjadi maklumat apabila dipersembahkan dalam bentuk teks, grafik, perkataan atau dalam bentuk simbol.


·  Pengurusan pengetahuan
ª      Penghasilan, pemanfaat, penghantaran, penggunaan.
ª      Terdiri daripada tiga komponen iaitu pembangunan atau penghasilan pengetahuan, penyimpanan pengetahuan serta perkongsian pengetahuan.
ª      Tidak hanya tertumpu kepada penyimpanan pengetahuan semata-mata sebaliknya ia turut menekankan kepada perolehan serta perkongsian pengetahuan di antara warga organisasi.
ª      Penyelesaian masalah secara kreatif dan pengenalan produk atau perkhidmatan yang inovatif hasil daripada pengurusan pengetahuan yang efektif dapat meningkatkan daya saing organisasi.

·  Proses pengurusan pengetahuan
ª      Pengetahuan yang diperlukan.
ª      Pengetahuan dikongsi, disebar, diaplikasi untuk kegunaan semua.




·  Kaedah memperoleh dan aplikasi
ª      Memastikan kesahihan maklumat adalah langkah penting dalam pengurusan maklumat.

Firman Allah S.W.T :
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä bÎ) óOä.uä!%y` 7,Å$sù :*t6t^Î/ (#þqãY¨t6tGsù br& (#qç7ŠÅÁè? $JBöqs% 7's#»ygpg¿2 (#qßsÎ6óÁçGsù 4n?tã $tB óOçFù=yèsù tûüÏBÏ»tR ÇÏÈ  
6. Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

ª      Para sarjana Islam merangka dan menyusun etika penapisan maklumat secara saintifik supaya menjadi gagasan ilmu sepadu yang berautentik.
ª      Dihayati dalam kegiatan ilmu sebagai usaha untuk menapis sebarang fakta salah dan palsu.
ª      Untuk itu apa sahaja teknik yang berkesan untuk menjelaskan kebenaran dan positif adalah diterima seperti :
ü  Membentuk sikap positif untuk belajar mengurus maklumat.
ü  Menggunakan alatan, seperti tutorial dalam talian.
ü  Menggunakan kaedah, seperti pergantungan kepada para mentor, pembimbing dan penyelia.
ü  Berkongsi pengetahuan dengan memberitahu, menterjemah serta mendidik rakan dalam institusi.
ü  Menerap dan menggunakan pengetahuan dalam pencambahan idea, meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan masalah.
·  Pembelajaran sepanjang hayat.
·  Definisi :
Pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi kendiri.

Firman Allah S.W.T :
ª!$#ur Nä3y_t÷zr& .`ÏiB ÈbqäÜç/ öNä3ÏF»yg¨Bé& Ÿw šcqßJn=÷ès? $\«øx© Ÿ@yèy_ur ãNä3s9 yìôJ¡¡9$# t»|Áö/F{$#ur noyÏ«øùF{$#ur   öNä3ª=yès9 šcrãä3ô±s? ÇÐÑÈ  
78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu Dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Pembelajaran sepanjang hayat dilaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks berikut :
ª      Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah.
ª      Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya.
ª      Pendidikan lanjutan yang berkonsep formal dan dijalankan di institusi pengajian tinggi.
ª      Latihan dalam perkhidmatan (job training) yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalui bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.
ª      Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasaskan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian.




Maklumat pembelajaran pada hakikatnya berjalan seiring dengan maklamat kehidupan iaitu merealisasikan pengabdian kepada Allah S.W.T.
Objektif pembelajaran menjurus kepada usaha melahirkan manusia menghayati agama, bermaruah, menghargai akal, nyawa dan harta.
Ajaran tauhid mengawal manusia daripada aktiviti yang merosakkan fitrah kejadian Allah S.W.T yang kemudiannya boleh menyebabkan kerosakan keturunan, akal, nyawa dan harta yang sudah pasti akan mengancam kesejahteraan institusi keluarga dan masyarakat kerana kerosakan akan mengancam kesejahteraan institusi keluarga dan masyarakat kerana kerosakan tersebut akan menjadi faktor pertelingkahan antara manusia.

·  Kaedah memperoleh dan aplikasi
ª      Usia 6-24 tahun : Pembelajaran pada usia ini berlangsung di institusi-institusi pendidikan, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Objektif pembelajaran pada tahap ini ialah untuk membangunkan  secara holistik empat aspek berikut iaitu aspek fizikal, intelektual, kapasiti sosial dan pembangunan emosi dan mental.
ª      Usia 25-60 tahun : Pembelajaran pada tahap usia ini berlangsung secara tidak formal melalui media instructional di tempat kerja, dari rakan sekerja, media massa, teknologi maklumat, persekitaran dan alam sekitar.
ª      Usia 60 tahun ke atas : Pembelajaran berlaku menerusi aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan tahap umur mereka seperti kerja-kerja bersifat kemasyarakatan. Mereka juga boleh menjalankan kerja-kerja sukarela melalui persatuan atau kelab komuniti yang wujud dalam masyarakat. Aktiviti seperti ini mampu melahirkan rasa kepuasan kepada golongan ini di samping memberi faedah kepada masyarakat.



Pembelajaran sepanjang hayat



                                    Rajah 2 : Model pembelajaran sepanjang hayat

ª      Kesedaran kendiri (self awareness) – iaitu pelajar mampu mengenal pasti identiti dan autonomi yang ada pada mereka. Pelajar yang berautonomi mempunyai nilai dan keyakinan kendiri yang secara tidak langsung akan mempengaruhi mereka ketika belajar.
ª      Merancang pembelajaran ( planning for learning – self management ) – iaitu dengan cara menetapkan objektif dan perancangan bagi mencapai objektif tersebut.
ª      Sedar dengan apa yang dipelajari ( understanding how to learn – meta learning ) – iaitu menggambarkan kesedaran pelajar mengenai pelbagai kaedah yang berbeza semasa belajar dan juga cara belajar.
ª      Penilaian pembelajaran ( evaluating learning – self monitoring ) – iaitu menunjukkan analisis yang sistematik terhadap perlaksanaan belajar.

·  Rumusan
ª      Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah saling berkaitan antara satu sama lain.
ª      Insan sebagai khalifah Allah S.W.T yang sebenar menggunakan maklumat bukan untuk mencemarkan hubungan sesama manusia dan melakukan fitnah serta mengaibkan manusia, tetapi sebaliknya mengharmonikan suasana dan menjelaskan realiti kebenaran sebagai seorang insan yang bermaruah dan bertanggungjawab untuk mewujudkan kebaikan dan kesejahteraan bersama di dunia dan selanjutnya di akhirat.